Wednesday 27 June 2012

Trajis Kelahiran Yakult Al-Zulabbar part 1

WassssakkKKk!

Siapa yang belum kenal guwa..guwa lah Yakult Al-Zulabbar abang kepada AIkbahalol Malqarinun dan adik kepada MaKaroni Bananana dan cucu kepada yussuf toyol..Hak hak..

Dengan segala bangganya guwa cuba menintrokan kelahiran guwa memandangkan guwa bukan di lahirkan oleh seorang bapak mahupun atok.

ya! guwa di lahirkan oleh seorang ibu.

Guwa ingat lagi masa guwa cuba berlawan dengan kawan-kawan yang lain untuk guwa mendapatkan cinta hati guwa pada masa itu. Guwa gigihkan diri, walupon guwa taw masa dan tika itu guwa masih tidak mempunyai tangan mahupun kaki..

Benar kata orang tua dulu-dulu usaha tangga kejayaan. Akhirnya perlumbaan guwa dan kawan guwa di menangi oleh guwa, guwa dan ovum telah di satukan dan menjadi segumpat daging.

Masa guwa berumur 5 bulan dalam perut cik puan emak guwa. Guwa ada dengar perbualan adik guwa AIkbahalol Malqarinun dan abang guwa MaKaroni Bananana dimana mereka nak namakan guwa..

"oittt Makaroni nanti kita namakan budak dalam perut tu "Dollah" nak?"

"Dollah? best jugakkan..nanti kalau gaduh boleh kita ajek dia."

"hak..hak..betul2..tu aku sokong..try ang ajek sikit"

"Nama mu dollah tetekmu sebelah...bla..bla.."

"hak..hak..hak.."

Cilaka! balas guwa sambil menekan perut mak guwa! tanda guwa tak setuju akan nama yang diberi.

Aksi cium mulut MK n IK..hak..hak

Bersambung~~..

P/S Persoalan Macam mana guwa anak kedua belum lahir sedangkan IK anak bongsu dah lahir...cepat jawab!

Tuesday 26 June 2012

Teka Teki Bongok!

Di suatu petang yang damai bak burung bebas beterbangan terlepas dari boxer..ehh??

tekan untuk kejelasan penampakan yang amat!

tekan untuk kejelasan penampakan yang amat!
pendidikan moral :: jangan jadi bongok!

Thursday 14 June 2012

Aku Si MaKaroni Bananana Menyembah Dukun Mengintroduce Diri

hahhh..gila khurafat tajuk tu..mohon diajuahkan dari sifat sedemikian rupa..aku sebagai penulis blog kejadah hapa nih pon aku tak tau bersedia mengintroducekan diri dengan lebih details..

ngeee..gugur peranakan aku tengok bendaalah ni!!
Nama aku seperti tajuk diatas lah..tak perlu lagi di ceritakan..aku dapat nama tu sebab masa kecik kecik dulu aku fobia dengan makaroni sebab nampak macam getah..asal nampak ja makaroni mesti bercucur-cucur bulu dada aku gugur..sedih weh kecik-kecik dah keguguran..bananana tu pulak aku dapat time mike tyson datang malaysia dia bagi pisang kat aku..dia kata kalau nak jadi kuat macam dia kena makan pisang sehari 14 tandan..kepala hotak dia lah!

fuhh..selesai bab nama aku..

aku dibesarkan di kampung sepat kukus, kuala gulai, negeri di luar peta..tak payah nak gugel lah..memang takde dalam peta pon..sekarang aku bekerja sebagai pemungut sisa tulang ikan bilis untuk dijadikan penawar berak tak lawas dan bau pekong..dah 32 tahun aku kumpul baru dapat setengah penutup botol drinking water cap siput khinjir..masih belum cukup untuk dijadikan penawar tersebut sebab aku perlukan 3 botol minyak visawit 5 liter untuk meralisasikan impian aku..

hobi aku mandi dengan berpakaian lengkap ke pejabat bertie bagai siap, kemas..aku banyak menghabiskan duit hasil penipuan jualan internet aku untuk membeli sabun sebab aku suka tenyeh sabun kat dinding jamban time mandi..kadang-kadang aku tenyeh kat tempat lain..ahh..tak payah nak cerita lah kat mana..nanti korang tak berak seminggu pulak dengar..

stakat ni pencapaian terbaik dalam hidup aku menternak lipas komodo sebanyak 6 kotak..tau tak lipas komodo tu ape?tau bagus lah..tak tau dok diam jelah..aku nak cerita pon tak reti sebab aku pon tak tau kejadah apakah lipas komodo itu..pernah sekali lipas komodo aku terlepas dari kotak tempat belaan aku..habis semorang dekat flat tempat tinggal aku ni dicabuli kehormatan oleh lipas-lipas komodo tersebut..mujur lah aku lupa nak cop hak milik kat lipas-lipas komodo aku tu..maka aku terlepas dari didakwa pihak mejiseterit..

so..setakat ni jelah intoroducen aku untuk kali ini..diharap korang semua support lah belok ini supaya impian aku untuk mencipta penawar berak tak lawas dan bau pekong aku ni tercapai..akhir kata..yang kecil jangan lah dibesar besarkan, yang besar janganlah dibangga banggakan..tak semua orang suka yang besar-besar..ape ke pelik bunyinye ni?matilah sama bunyi itu..

Introdaksyen Belok Kaki Rilek Apakah

Assalamualaikum.
First time aku menketak-ketikkan jari di atas keyboard. Nerves gila hati berdetak mana tahu kut-kut tersasul terkelua bahasa arab, nepal mahupun bahasa-bahasa yang sukar difahami oleh manusia mahupun dolphin time sedap-sedap mengarang ni. 


Untuk pengenalan, blog ini di "conquer" ri oleh 3 orang admin iaitu AjibahIk Malqarinun, MaKaroni Bananana dan Yakult Al-Zulabbar. Dari segi nama komfem jantina kami korang dah tahukan? Sesinggangnya kami bukan retis-retis berbulu macam blogger lain, kami hanyalah bulu-bulu berdaki macam kaki korang. Nice tak?


Meh aku memperkenalkan sorang-sorang.


AIkbahalol Malqarinun


- Seorang yang bercita-cita tinggi untuk menjadi pencuri selipas masjid yang berjaya. Seorang blogger yang sering dipulau oleh blogger-blogger lain. Mempunyai sifat suka makan sambil mengorek hidung menggunakan tangan yang berlainan. Muka beliau ada iras-iras Zalina Ibrahim.


MaKaroni Bananana


- Seorang yang sukakan dinding jamban dan sabun. Tanpa perlu menerangkan maksud tersirat, aku teruskan beliau jugak amat fobiakan getah. Bila nampak getah je komfem kentut cirit beliau. Btw, dia langsung tiada kena mengena dengan Aaron Aziz mahupun Aziz Satar.


Yakult Al-Zulabbar


- Errr..takdek pape kut yang perlu diulas pasal dia ni, lagipun dia bukannya boleh diibaratkan perlawanan bola diantara Thailand VS Benua Chikantiti aku nak ulas-ulas bagai.


Komfem dari ciri-ciri di atas korang tak dapat mengenali kami ber-3. Tapi kalau korang tengok betul-betul korang akan dapat teka. Assalamualaikum.


Nota lailailai : Kami ber-3 tiada kena mengena antara Jalil Hamid mahupun Hariz Iskandar. Harap Maklah